PRU15: BN beri laluan kepada calon PH di Padang Serai

in Politik by

Jamil Khir (dua dari kanan) ketika hadir pada majlis pengumuman khas Pakatan Harapan yang diadakan di Taman Desa Aman, Padang Meiha, Padang Serai pada Jumaat.

PADANG SERAI – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Datuk C Sivaraj akhirnya beralah kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak bagi menghadapi saingan lain dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam ceramah pengumuman khas yang diadakan di Taman Desa Aman, Padang Meiha di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan antara BN dan PH di peringkat Nasional.

AKAN MENYUSUL