Landasan kereta api Sadao dibom: Tiada rakyat Malaysia terlibat

in Nasional by

Gerabak kereta api kargo State Railway of Thailand (SRT) dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir selepas landasan berhampiran Stesen Kereta Api Khlong Ngae, Sadao, Thailand dibom petang Sabtu. – Foto: media sosial
KANGAR – Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden bom landasan kereta api di Sadao, Thailand petang tadi.

Exco Kemudahan dan Prasarana, Pengangkutan, Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam Perlis, Izizam Ibrahim berkata, daripada maklumat yang beliau terima, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kematian atau kecederaan

“Saya juga difahamkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden yang melibatkan kereta api kontena yang membawa komoditi getah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, letupan bom tersebut tidak melibatkan kereta api penumpang.

Media sebelum ini melaporkan Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas satu bahagian landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek di Sadao, Thailand. – Bernama