Lelaki kerat mayat teman wanita 35 bahagian

in Global by

Polis belum menjumpai pisau digunakan membunuh Aftab Ameen Poonawalla. – Agensi

NEW DELHI – Polis India menahan seorang lelaki dipercayai membunuh dan mengerat teman wanitanya sehingga 35 bahagian.

Menurut media tempatan, Aftab Ameen Poonawalla mengerat tangan teman wanitanya, Shraddha Walkar selepas mencekiknya.

Suspek mengaku melakukan pembunuhan itu dengan memberitahu dia membuang senjata digunakan untuk mengerat badan Walkar.

Setakat ini, polis menemui enam bilah pisau dan semuanya telah dihantar ke Makmal Sains Forensik untuk memastikan sama ada salah satu senjata itu digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Kes pembunuhan Walkar berjaya dibongkar selepas polis New Delhi menahan Poonawalla kerana didakwa membunuh dan mengerat seorang wanita.

Mayat Poonawalla dikerat 35 bahagian dan dibuang di beberapa lokasi di New Delhi.

Media tempatan menyatakan suspek menyimpan bahagian badan dalam peti sejuk selama tiga minggu sebelum membuangnya.

Setakat ini polis telah menemui 13 bahagian, namun tenggorak mangsa belum ditemui. – Agensi