Urus hutang dengan baik, ikut syariat Islam

in Khas by

Sheikh Rami As-Sousi ketika mengalunkan surah pilihan.Mohd Daud ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Cabaran Kewangan’ ketika program WQC 3.0 pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – Islam tidak melarang umatnya untuk berhutang, namun mengingatkan penghutang untuk menguruskan kewangan dengan baik dan mengikut syariat.

Penasihat Global Syariah, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, harta dan kewangan merupakan asas untuk menjamin keselesaan dan kelangsungan hidup selain mampu memperoleh keberkatan daripada ALLAH SWT.

“Al-Quran tidak menghalang kita untuk bercakap dan memanjakan diri dengan hal kewangan kerana ia merupakan asas kehidupan.

“Di samping keperluan di dunia, matlamat utama yang ingin dicapai sudah tentu kejayaan akhirat yang abadi (dan) harta dan kewangan merupakan pemangkin kepada kejayaan ini.

“ALLAH SWT juga telah mengingatkan manusia untuk memberi perhatian kepada pengurusan hutang dan harta mengikut acuan Islam, seterusnya mencapai matlamat redha dan rahmat-Nya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan beramah bertajuk ‘Cabaran Kewangan’ sempena program World #QuranConvention (WQC) 3.0 bertajuk ‘Coping With Challenges Surah Al-Sajdah’ di sini pada Sabtu.

Program kali ketiga itu menampilkan enam panelis dari dalam dan luar negara antaranya Pengarah Urusan Kumpulan Dagang Nexchange Berhad, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; Pengasas Bayyinah, Institut for Arabic & Qur’anic Studies, Nouman Ali Khan; Tokoh Huffaz Nusantara, Dr Ahsin Sakho Muhammad Asyrofuddin dan Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail.

Selain itu, turut menampilkan empat qari iaitu Tirmizi Amir, Abdul Khair Jalil (Malaysia); Sheikh Rami As-Sousi (Palestin) dan Syakh Abdullah Sobhi Marei (Mesir).

**media[2008931]**

Dalam pada itu, Mohd Daud berkata, hutang isi rumah di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di dunia iaitu hampir 85 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Rakyat Malaysia ada trend berhutang (iaitu) dengan lakukan pinjaman peribadi, kad kredit untuk (beli) rumah, kereta (dan) kita adalah yang tertinggi. Berbanding dengan negara Jepun, Amerika Syarikat, mereka berhutang untuk kegunaan komersial.

“Sebab itu dalam al-Quran memberi peringatan kepada kita mengenai pengurusan hutang, berhati-hati dengan masyarakat defisit,” ujarnya.