Dana dikumpulkan untuk pembinaan kemudahan lain di Sabah

in Edisi by

Sinar Harian pada Jumaat lalu melaporkan bahawa Ahli Parlimen Pensiangan memaklumkan bahawa jambatan gantung Kampung Nangkawangan di Nabawan sudah lama siap sejak Julai lalu.Pemilik akaun TikTok tampil perjelaskan dana yang dikumpul untuk bantu bina kemudahan di Sabah.

KOTA KINABALU – Pemilik akaun TikTok yang melancarkan kutipan dana sehingga RM1 juta untuk membina kemudahan di Sabah tampil memperjelaskan situasi berhubung perkara berkenaan.

Pemilik akaun yang menggunakan nama Founder Misi mengakui konten yang digunakan adalah video lama namun beliau memaklumkan ia sebagai gambaran situasi yang berlaku di Sabah dan Sarawak.

“Saya nak jelaskan kepada semua video-video yang saya pakai itu adalah video lama. Kita bukan nak buat (jambatan) di situ.

“Saya pun tahu ini video lama tapi kita bagi gambaran bahawa situasi begini masih ada di Sabah dan juga Sarawak,” jelasnya menerusi video TikToknya pada Sabtu.

Beliau dalam pada itu memahami bahawa wakil rakyat di Sabah turut berusaha untuk memberi kemudahan kepada rakyatnya di kawasan pedalaman namun disebabkan keadaan negerinya yang besar menyukarkan peruntukan diagihkan.

**media[2010050]**

“Bukan YB (wakil rakyat) di sana tak berusaha, berusaha tapi peruntukan nak sampai kepada kawasan pedalaman yang mungkin berapa orang saja penduduk dikemudiankan. Sebab apa, Sabah dan Sarawak ini besar.

“Peruntukan itu ada jadi diagihkan kepada seluruh Sabah, jadi ada kawasan didahulukan dan ada dikemudiankan, tetapi kasihan kepada yang dikemudiankan nak nak menunggu saja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau kemudian mengambil langkah bertanya kepada orang ramai dan dimaklumkan mengenai situasi yang dihadapi di Sabah dan Sarawak.

“Saya dapat tahu situasi Sabah, Sarawak bagaimana dan kawan-kawan di sana pun beritahu kawasan pedalaman banyak juga yang tiada kemudahan seperti itu malah bekalan elektrik dan air pun ada juga tiada di Sabah.

“Jadi saya bertanya kepada orang ramai, nak tak kita buat misi ini dan ramai orang komen jom. Jadi pada hari pertama dapat RM200,000 hari, hari kedua RM400,000 selepas itu hari seterusnya sehingga kini dapat RM1 juta lebih,” katanya.

Beliau memaklumkan akan ke Sabah 7 Disember ini untuk bertemu dengan pemimpin di Sabah mengenai perkara itu.

“Benda pertama saya kena buat adalah bertemu dengan pemimpin-pemimpin di sana, wakil rakyat. Jadi saya nak tanya pendapat, belajar dan saya nak ceritakan apa benda yang kita buat ini supaya YB di sana faham dan bantu kita sebab kita bukan nak bergerak sendiri atau kita lebih baik, tidak. Saya tak tahu apa YB punya kerja, saya cuma tahu saya punya kerja saja.

“Jadi kepakaran saya dan kepakaran orang-orang yang terlibat ini kita gabungkan untuk menyokong kepimpinan YB di sana sebab YB sana mungkin sudah minta peruntukan untuk bina itu, bina ini tetapi tak dapat, kami datang bagi sokongan ada peruntukan ini jom kita buat,” katanya.

Sinar Harian pada Jumaat lalu melaporkan bahawa Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Josep Kurup memaklumkan bahawa jambatan gantung Kampung Nangkawangan di Nabawan sudah lama siap sejak Julai lalu,

Ia sekaligus menolak dakwaan pihak tertentu bahawa dana diperlukan bagi pembinaan jambatan di kampung berkenaan seperti yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.

@foundermisi

Link misi ini ada di bio saya

original sound – Founder Misi