Gaji menteri kabinet dipotong 20 peratus

in Nasional by

Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Kesemua menteri kabinet bersetuju untuk melakukan potongan gaji sehingga 20 peratus.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas kabinet yang berlangsung pada pagi Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemotongan gaji itu akan disemak semula selepas ekonomi kembali pulih.

“Kalau ekonomi pulih dalam tempoh tiga tahun, ia akan disemak,” katanya menerusi sidang akhbar pasca mesyuarat kabinet pertama di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

AKAN MENYUSUL