Siri jelajah labuhkan tirai

in Edisi Selangor KL by

Siti NoralizaAli BenjaminAmirudin Shari memberikan penerangan inisitif kerajaan negeri pada Jelajah Selangor Penyayang pada Ahad. – FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIBNorazlindaOrang ramai yang hadir Jelajah Selangor Penyayang Hulu Selangor.- FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIBAmirudin (tiga dari kanan) bergambar dengan penerima sumbangan Pembaikan Infrastruktur Institusi Pendidikan pada Jelajah Selangor Penyayang Hulu Selangor pada Ahad. – FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIBAmirudin (kanan) melawat tapak pameran di Jelajah Selangor Penyayang pada Ahad. – FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

HULU SELANGOR- Siri Jelajah Selangor Penyayang melabuhkan tirainya di Hulu Selangor selepas enam bulan menjelajah ke sembilan daerah bagi memberikan penerangan berkenaan program-program kerajaan negeri.

Program yang dilancarkan sejak Jun lalu bermula di Hulu Langat, disusuli Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Gombak, Sabak Bernam, Klang, Sepang dan terakhir di Hulu Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua siri jelajah yang diadakan itu mendapat sambutan dan penyertaan yang baik dalam kalangan rakyat.

“Alhamdulillah, ini menunjukkan kesedaran masyarakat untuk mengetahui inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri semakin baik.

**media[2011037]**

“Antara yang mendapat sambutan adalah Skim Air Darul Ehsan (SADE) dan program saringan.

“Ini termasuk mereka yang mengambil vaksin meningococcal dan influenza yang ditawarkan kerajaan negeri turut mendapat penyertaan yang begitu ramai daripada masyarakat,” katanya pada Ahad.

Amirudin berkata, pihaknya yakin penyertaan orang ramai termasuk warga emas dan anak muda itu mampu memperkukuhkan lagi usaha kerajaan negeri memastikan semua rakyat Selangor mendapat manfaat 44 program di bawah Iltizam Selangor Penyayang.

**media[2011039]**

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, program seumpama itu akan diteruskan pada tahun hadapan dengan skala kecil di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Jelasnya, program itu disasarkan diadakan bermula Januari hingga Jun depan bagi memperkenalkan beberapa inisiatif yang dibentangkan menerusi Bajet 2023.

Selain itu, Amirudin turut mengesyorkan pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor melaksanakan program Hari Tanpa Kenderaan sebagai akses kepada masyarakat untuk berkumpul dan beriadah serta mengurangkan aliran trafik pada hujung minggu.

**media[2011038]**

“Saya lihat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah laksanakan inisiatif ini.

“Jadi PBT-PBT lain juga digalakkan untuk melaksanakan inisiatif serupa, untuk menggalakkan rakyat menggunakan kemudahan awam dan mengelak pencemaran udara,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pengunjung dan penerima bantuan yang hadir pada Jelajah Selangor Penyayang Hulu Selangor menyambut baik inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri.

Salah seorang pengunjung, Norazlinda Ahmad, 45, berkata, program itu memberi pendedahan buatnya untuk mengetahui program-program kerajaan negeri yang sesuai untuk dimohon buat keluarganya.

**media[2011036]**

“Selain dapat mengenali lebih dekat Menteri Besar serta pemimpin kerajaan negeri, saya mengambil peluang untuk mengetahui lebih terperinci mengenai program-program dilaksanakan kerajaan negeri antaranya bantuan anak masuk universiti, SADE dan Skim Insurans Am Selangor (Insan).

“Saya harap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai salah satu cara pemimpin bertemu dengan masyarakat,” katanya.

—**media[2011034]**

Juruteknik, Ali Benjamin Khairul Anuar, 31, berkata, selain mendapat pengetahuan mengenai program kerajaan negeri, jelajah tersebut juga dapat mengisi aktiviti hujung minggu bersama keluarga.

Ali Benjamin pada masa sama turut mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbangkan menyediakan pembiayaan bagi golongan pekerja untuk menyambung pengajian di peringkat institut pengajian tinggi (IPT).

“Kalau boleh, kerajaan negeri beri suntikan semangat melalui biasiswa supaya lebih ramai rakyat Selangor mempunyai pendidikan yang tinggi, ” katanya.

**media[2011033]**

Sementara itu, penerima bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor, Siti Noraliza Mat Ali, 30, berkata, bantuan peti sejuk beku yang diterimanya banyak membantu memudahkan urusan perniagaan.

“Melalui peti sejuk beku yang diterima ini, ia menyelesaikan masalah perniagaan dan banyak membantu saya dari segi penjimatan masa.

“Banyak program bantuan diperkenalkan dan saya sarankan rakyat Selangor ambil tahu supaya tidak terlepas menerima manfaat tersebut,” ujarnya.