Sultan Ibrahim ziarah makam Almarhum Tunku Abdul Jalil

in Edisi Johor by

Sultan Ibrahim berdoa dan menabur bunga di atas pusara Almarhum Tunku Abdul Jalil. – Foto FB The Royal Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menziarahi makam anakanda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini pada Isnin,

Menerusi beberapa gambar yang disiarkan di laman Facebook rasmi Sultan Johor, baginda Tuanku Sultan dilihat menyiram air mawar dan menabur bunga di atas pusara Almarhum Tunku Abdul Jalil.

“Almarhum Tunku Abdul Jalil yang diputerakan pada 5 Julai 1990 adalah putera keempat Sultan Johor dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, dan mangkat pada 5 Disember 2015 sewaktu berusia 25 tahun.

**media[2011239]**

“Pada pagi tadi, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) turut mengadakan majlis tahlil dan bacaan yasin,” menurut kenyataan berkenaan pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah YKTLJ Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ Mohd Ikmal Izam Zaini. – Bernama