Tengku Zafrul ada urusan rasmi, bukan tonton Piala Dunia

in Nasional by

Tengku Zafrul

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak hadir Mesyuarat Khas kabinet hari ini kerana berada di Abu Dhabi atas urusan rasmi.

Pihak kementerian dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi pada Selasa mengenai perkara tersebut susulan terdapat dakwaan mengatakan bekas menteri kewangan itu berada di luar negara bagi menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.

“Beliau tidak berada di Qatar seperti didakwa, bukan untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia. Beliau ke Abu Dhabi atas urusan rasmi,” kata laporan media pada Isnin.

Tengku Zafrul adalah satu-satunya menteri yang tidak hadir pada mesyuarat khas yang kali pertama diadakan dan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim selepas pembentukan kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan.