Banjir kilat landa dua kampung di Lipis

in Edisi Pahang by

Banjir kilat di dua buah kampung di Lipis awal pagi Selasa.- ihsan APM

LIPIS – Hujan lebat beberapa jam menyebabkan banjir kilat di Kampung Atong, Jeransang dan Kampung Putu, Kerambit awal pagi Selasa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, hujan lebat bermula jam kira-kira 3 pagi menyebabkan Sungai Ulu Putu Kerambit melimpah dan memasuki rumah penduduk.

Sebanyak empat buah rumah di Kampung Putu dan sebuah lagi di Kampung Atong melibatkan 28 mangsa terjejas akibat kejadian tersebut.

Kenyataan itu juga memberitahu, air telah surut kira-kira jam 11 pagi hari sama.

Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lipis telah membuat pemantauan dan menyerahkan kit makanan kepada keluarga yang terlibat.