Henti main isu kaum, agama untuk jatuhkan Kerajaan Perpaduan

in Politik by

Nik Nazmi

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa mana-mana pihak agar berhenti memainkan isu perkauman dan agama dengan tujuan untuk menghasut rakyat serta menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan yang tidak bertanggungjawab dalam mengapi-apikan sentimen perkauman boleh menimbulkan lebih banyak perkara yang tidak diingini berlaku.

Oleh itu, saya menyeru sekali lagi agar pihak-pihak berkenaan berhentilah mainkan isu sedemikian demi masa depan anak-anak kita dan negara,” katanya menerusi hantaran di Faceboknya pada Selasa.

Sebelum ini, Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menitahkan kerajaan baharu serta pemimpin politik negara ini, berhenti daripada membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut masyarakat.

Tuanku Muhriz turut menitahkan agar kerajaan baharu yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap yang lebih tinggi.

Nik Nazmi yang juga merupakan ahli Parlimen Setiawangsa menambah, sudah tiba masanya semua pihak bersama-sama memberi fokus sepenuhnya bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Dan mengembalikan kestabilan politik negara,” tegasnya.