Kelulusan RM7 bilion projek tebatan banjir tidak teratur

in Nasional by

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beberapa kelulusan mutakhir RM7 bilion projek tebatan banjir dibuat secara tidak teratur.

Menurutnya, arahan untuk tidak meneruskan dan meneliti semula projek itu telah dikeluarkan kepada Kementerian Kewangan.

“Saya juga ingin tekankan beberapa kelulusan termasuk tebatan banjir sekitar RM15 bilion dan kelulusan mutakhir RM7 bilion dibuat tanpa tender teratur,” katanya menerusi sidang akhbar di Kementerian Kewangan pada Selasa.

AKAN MENYUSUL