Perjanjian gabungan, parti politik ditandatangani minggu depan

in Politik by

Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir ke Ceramah Mega Ayuh Malaysia di Padang Serai pada Isnin.Rafizi menyampaikan ucapan ketika hadir membantu kempen bagi calon PH Parlimen Padang Serai, Dr Sofee Razak pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia – Kerajaan Perpaduan Untuk Semua di Kampung Tunku Putra, Kelang Lama sempena PRU15 di Padang Serai pada Isnin.

PADANG SERAI – Satu perjanjian akan ditandatangani oleh gabungan dan parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan bagi mengukuhkan penyatuan tersebut sekali gus menjamin kestabilan negara.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, perjanjian itu bakal ditandatangani bersama pada minggu hadapan yang akan melibatkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) serta parti dari Sabah dan Sarawak.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, perjanjian itu kini masih dalam proses menunggu maklum balas daripada beberapa parti lain sebelum ia ditandatangani secara terbuka.

“Perjanjian ini sebenarnya (wujud) dari hari pertama bila Kerajaan Perpaduan mula ditubuhkan, memang persetujuannya mesti diikat dengan perjanjian atas dua sebab, sudah tentu kita hendak pastikan bahawa perjalanan itu akan berlaku dengan lancar,” katanya.

**media[2012511]**

Jelasnya, perjanjian yang akan menggariskan beberapa prinsip itu akan diguna pakai oleh kerajaan bagi memastikan kelancaran dan kestabilan pentadbiran.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Ceramah Mega Ayuh Malaysia di sini pada Isnin.

Pentas Ceramah Mega Ayuh Malaysia turut disertai beberapa pemimpin lain antaranya Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha PH merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.