Terpaksa batal pembedahan gara-gara serangan siber

in Global by

Beberapa pesakit turut terpaksa dipindahkan akibat insiden penggodaman itu. – Foto Agensi

PARIS – Sebuah kompleks hospital di Versailles berhampiran ibu kota Perancis terpaksa membatalkan prosedur pembedahan dan memindahkan beberapa pesakit selepas pusat perubatan itu menjadi sasaran serangan siber pada akhir minggu lalu.

Hospital Centre of Versailles yang terdiri daripada Andre-Mignot Hospital, Richaud Hospital dan Rumah Persaraan Despagne terjejas akibat insiden cubaan penggodaman tersebut.

Serangan siber itu telah menyebabkan langkah penyusunan secara meluruh terpaksa dilakukan di hospital berkenaan,” katanya.

Susulan itu, pejabat pendakwa raya Paris telah membuka siasatan awal terhadap cubaan peras ugut tersebut selain menyelenggara sistem digital negeri berkenaan.

Sejak beberapa bulan lalu, hospital dan sistem kesihatan di negara itu berulang kali menjadi sasaran serangan siber sedemikian.

Menteri Kesihatan, Francois Braun mendakwa mereka berdepan insiden tersebut hampir setiap hari, namun sebahagian besar daripadanya berjaya dihalang.

Pada Ogos lalu, Hospital Corbeil-Essonnes di pinggir Paris yang menyediakan penjagaan kesihatan kepada hampir 700,000 pesakit turut menjadi sasaran hingga menyebabkan operasi tergendala selama beberapa minggu.

Penggodam turut menuntut wang berjumlah AS$10 juta (RM44 juta) dan menetapkan 23 September sebagai tarikh akhir untuk hospital tersebut membuat bayaran setelah mereka membocorkan maklumat sulit dan staf hospital di ‘dark web’. – AFP