Mahkamah AS ketepi saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi

in Global by

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad bin Salman – Foto AFP

WASHINGTON – Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengetepikan saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berhubung dakwaan terlibat dalam pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi, susulan syor imuniti oleh pentadbiran Joe Biden, menurut memorandum pandangan.

Hakim Mahkamah Daerah Columbia, John Bates pada Selasa menolak tuntutan terhadap putera mahkota dan dua defendan lain selepas pentadbiran Biden mengesyorkan imuniti, lapor Sputnik.

Khashoggi dibunuh pada Oktober 2018 oleh ejen Arab Saudi di konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Perisikan AS percaya putera mahkota yang menjadi Perdana Menteri pada September, didakwa meluluskan operasi untuk membunuh wartawan itu.

Fakta kes menunjukkan hujah kukuh bahawa tuntutan terhadap putera mahkota itu mempunyai merit walaupun kes itu tidak dapat diselesaikan oleh mahkamah pada masa ini.

“…AS telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa putera raja itu kebal…dan berhak mendapat imumiti sebagai ketua negara..selagi kekal memegang jawatan,” menurut memorandum itu. – Bernama