Persatuan nelayan harap Jabatan Perikanan Malaysia tidak beri lesen

in Edisi Utara by

Kawasan Teluk Kumbar di Bayan Lepas antara kawasan yang dibanjiri nelayan asing.Arshad Omar

GEORGETOWN – Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang, Arshad Omar mengharapkan pihak berkuasa tidak mengeluarkan lesen kepada nelayan Rohingya yang semakin ramai di negeri ini.

Menurutnya, pihak persatuan telah menulis surat sebanyak dua kali kepada pihak berkuasa mengenai kebanjiran nelayan asing yang menggugat pendapatan nelayan di Pulau Pinang.

“Kita telah menulis surat kepada Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang dan Jabatan Perikanan Malaysia mengenai perkara ini.

“Pihak berkuasa mengambil maklum dengan masalah ini dan kita akui, dengan aduan yang dibuat, pihak berkuasa telah giat menjalankan operasi untuk menahan nelayan asing tanpa permit ini.

**media[2013426]**

“Selain itu, kita juga membuat aduan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya mengenai penempatan warga Rohingya yang semakin ramai terutamanya di Teluk Kumbar,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim turut bersetuju dengan Arshad yang memohon agar pihak berkuasa lebih tegas dalam menangani masalah nelayan asing ini.

“Pen Mutiara berharap agar pihak berkuasa lebih kerap menjalankan operasi untuk menahan mereka ini. Kami berhadapan dengan beberapa masalah yang bakal menimpa iaitu projek tambakan laut, Penang South Islands (PSI).

“Ditambah pula dengan persaingan nelayan asing ini, bertimpa-timpa lah masalah kami. Oleh itu, saya berharap agar kerajaan yang baru dibentuk ini melihat isu yang dihadapi nelayan di Pulau Pinang khususnya yang berkaitan dengan nelayan asing dan PSI,” katanya.

Mengulas mengenai PSI, Ibrahim berkata, Pen Mutiara menggesa agar projek tersebut dibatalkan kerana ia juga akan menjejaskan pendapatan nelayan di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, sekiranya projek tersebut diluluskan, ia akan merosakkan alam sekitar secara kekal yang mana, di kawasan selatan Pulau Pinang, ia merupakan kawasan berteluk yang menjadi habitat ikan membiak.

“Seluruh nelayan Pulau Pinang menolak projek ini daripada mula lagi kerana secara jelas akan menyebabkan kerosakan kekal.

“Kawasan yang bakal ditambak merupakan lubuk pelbagai spesies ikan dan hidupan laut antaranya kembung, senangin, udang, ketam dan banyak lagi,” katanya.