PRU15: Calon Pejuang teruja kembali ke sekolah lama

in Politik by

Hamzah membuang undi di SK Bukit Selarong, pada Rabu.Hamzah menunjukkan tanda bagus selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong pada Rabu.

PADANG SERAI – Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Padang Serai, Hamzah Abdul Rahman teruja apabila dapat kembali ke sekolah lamanya, Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong yang menjadi pusat pengundian Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai pada Selasa.

Hamzah, 59 yang merupakan anak tempatan Padang Serai berkata, dia hampir menitiskan air mata apabila mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanaknya di sekolah itu.

“Banyak kenangan indah zaman kanak-kanak saya di sini… mana kan tidak saya menghabiskan bertahun-tahun belajar di sekolah ini.

“Saya rasa bangga kerana datang ke sini sebagai calon beberapa dekad kemudian kerana mahu berkhidmat kepada rakyat di sini,” katanya ketika ditemui media selepas selesai mengundi di sekolah berkenaan pada Rabu.

Hamzah yang hadir berbusana tradisional serta bertanjak menarik perhatian ramai sebaik tiba dipekarangan sekolah berkenaan pada jam 8.20 pagi.

**media[2013633]**

PRU15 Padang Serai terpaksa ditangguhkan susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya pada 16 November lalu.

Perebutan kerusi Parlimen Padang Serai akan menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C Sivaraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan Hamzah Abd Rahman (Pejuang).

Dua lagi pencabar ialah Mohd Bakhri Hashim, mewakili Parti Warisan dan calon Bebas, Sreanandha Rao.

Bagaimanapun pada 2 Disember lepas, BN bersetuju memberi laluan kepada PH di kerusi Parlimen berkenaan.

Sebelum ini, Warisan turut memutuskan tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan, namun logo parti itu masih tersenarai dalam kertas undi kerana sudah didaftarkan sebagai antara parti yang bertanding.