PRU15: PN menang di Parlimen Padang Serai

in Politik by

Azman (tiga dari kanan) ketika diumumkan menang di kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU15 hari ini.

KULIM – Calon Perikatan Nasional, Datuk Azman Nasrudin berjaya memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Rabu.

Kemenangan tersebut sekali gus menamatkan penguasaan Pakatan Harapan (PH) di kerusi berkenaan.

Azman memperoleh majoriti 16,260 undi mengalahkan pesaing terdekat dari PH, Dr Mohamad Sofee Razak.

Parlimen Padang Serai menyaksikan perlawanan enam penjuru antara calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C Sivaraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (PN), Hamzah Abd Rahman (Parti Pejuang Tanah Air), Mohd Bakhri Hashim (Parti Warisan) dan Sreanandha Rao (Bebas).

AKAN MENYUSUL