Elon Musk kekal lelaki terkaya di dunia

in Global by

Musk (kiri) dan Arnault. – AFP

PARIS – Pemilik Tesla, Elon Musk menduduki tempat kedua ‘sementara waktu’ di bawah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan pakaian mewah terkemuka dunia, Bernard Arnault dalam senarai jutawan Forbes pada Rabu.

Selepas saham teknologi Amerika Syarikat terjejas apabila kadar faedah dan kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi, kekayaan Musk didapati merosot di bawah Arnault.

Tetapi sekitar jam 5.30 petang (waktu tempatan), Musk kembali di tempat teratas dengan kekayaan bernilai AS$184.0 bilion (RM813.93 bilion) yang diikuti Arnault dan keluarganya sebanyak AS$184.7 bilion (RM813.05 bilion).

Sementara ahli perniagaan India, Gautam Adani menduduki tempat ketiga dalam senarai tersebut dengan kekayaan berjumlah AS$134.8 bilion (RM593.39 bilion) dan pengasas Amazon, Jeff Bezon di tempat keempat dengan kekayaan AS$111.3 bilion (RM489.94 bilion).

Arnault juga pernah mendahului senarai individu terkaya Forbes selama beberapa jam pada 2021. – AFP