160 mangsa banjir berada di empat PPS di Pahang

in Edisi Pahang by

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di daerah Temerloh ke PPS yang dibuka selepas beberapa kawasan dilanda banjir kilat. Foto FB APM PAHANG

KUANTAN – Seramai 160 mangsa banjir dari 48 keluarga di negeri ini berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 9 pagi pada Jumaat.

Berdasarkan laporan Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah itu, seramai 85 mangsa banjir di daerah Temerloh telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Semantan yang di buka sejak Khamis.

Di Bera, sembilan mangsa banjir berada di sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Buntar yang dibuka pada Jumaat.

Selain itu, seramai 66 mangsa banjir dari daerah Lipis yang kini berada di dua PPS yang dibuka di daerah itu.

Ia termasuk 52 mangsa banjir yang kini berada di PPS SK Lubuk Kulit dan 14 mangsa di PPS Masjid Kampung Beletik.