Lazada: Pembelian berbaloi 12.12, potongan hingga 90 peratus

in Bisnes by

Darren (dua dari kanan) ketika melancarkan 12.12 All-Out Balloon Voucher Drop di Publika Sri Hartamas, pada Khamis.

KUALA LUMPUR – Sempena Jualan Sepuas Hati 12.12, Lazada memperkenalkan pembelian berbaloi bermula 12 tengah malam sehingga 2 pagi iaitu mulai 12 hingga 14 Disember ini.

Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia, Darren Rajaratnam berkata, sepanjang tiga hari jualan tersebut terdapat pelbagai tawaran produk, antaranya LazFlash dengan potongan sehingga 90 peratus serta Crazy Deals pada harga serendah RM0.12 dan RM12.12.

Menurutnya, pelanggan boleh membuat pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet dan akan menerima potongan RM1 dengan pembelian minimum RM10.

“Baucar penghantaran percuma tanpa pembelian minimum akan diperbaharui pada setiap jam dan baucar tersebut boleh dikumpul menerusi Lucky Egg, atau dengan menyertai kelab baucar atau klik sahaja pada ikon ‘penghantaran percuma’ di halaman utama aplikasi Lazada,” katanya selepas melancarkan 12.12 All-Out Balloon Voucher Drop di Publika, Sri Hartamas pada Khamis.

Darren berkata, jualan 12.12 kali ini menampilkan banyak tawaran istimewa bagi membolehkan pelanggan menikmati promosi berbaloi sambil berbelanja termasuk berpeluang untuk mendapatkan hadiah berupa barangan kosmetik, aksesori wanita daripada jenama terkemuka dan tempatan.

“Baru-baru ini Lazada memperkenalkan ‘LazPayLater’ untuk pelanggan yang layak menerusi terma bayaran tanpa faedah dengan pelan bayaran ansuran selama 12 bulan.

“Para pelanggan yang terpilih untuk menikmati ‘LazPayLater’ perlu mendaftar dan mendapatkan kelulusan sebelum mereka boleh membuat pembelian menggunakan pelan tersebut,” kata Darren.

Selain itu, pada 12.12 juga Lazada turut memperkenalkan prajualan istimewa Lazada iaitu ‘Chup Dulu’ bakal membawakan lebih banyak tawaran eksklusif bagi jenama tempatan dan luar negara.

“Pelanggan boleh menempah produk atau set idaman mereka bermula sekarang hingga 11 Disember, dengan hanya membayar deposit 10 peratus serta perlu menjelaskan baki pembayaran pada 12 Disember bermula jam 2 pagi ke atas,” katanya.

Selain itu katanya, hadiah bernilai RM45,000 juga perlu direbut menerusi program ‘All-Out Balloon Voucher Drop’ yang bermula dari 8 hingga 11 Disember ini.

Program akan bermula di Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang dan Johor.

Maklumat lanjut layari aplikasi Lazada, di Facebook @LazadaMalaysia, Instagram @lazada_my,Twitter @LazadaMY and YouTube.