Rakyat kini lebih percaya PN

in Video by
BULETIN TIKTOK 9 DISEMBER 2022

Pas menjelaskan faktor sebenar kemenangan Perikatan Nasional adalah disebabkan oleh pengundi sudah hilang kepercayaan kepada parti lawan dan bukannya mereka menggunakan sentimen perkauman dan keagamaan sempit pada PRU15.

Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tsunami sokongan pengundi Melayu kepada PN adalah disebabkan oleh sudah hilang kepercayaan kepada parti-parti lawan yang jelas tidak mempunyai pendirian.

Menurutnya, semua parti dalam PN juga berjuang selari dengan perlembagaan masing-masing seperti yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Artikel: https://bit.ly/3uC8y4Q

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa