Siri realme 10 Pro 5G dilancarkan di Malaysia

in Bisnes by

realme 10 Pro 5GMarcus (dua dari kanan) melancarkan secara rasmi Siri realme 10 Pro 5G pada majlis prlancaran di ibu negara pada Khamis.realme 10 Pro 5Grealme 10 Pro 5G yang dilengkapi skrin melenkung 120HZ dan kamera swafoto 16MP yang memberi pengalaman mengujakan kepada pelanggan.

JENAMA telefon pintar paling pantas berkembang di dunia, realme melancarkan secara rasmi Siri realme 10 Pro 5G di Malaysia pada Khamis dengan pengalaman paparan melengkung 120Hz terbaik dalam segmennya.

Melalui pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebanyak AS$15 juta, paparan melengkung pertama realme telah dibangunkan untuk membawa inovasi premium kepada penggunanya dalam harga berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutif realme Malaysia, Marcus Lin berkata, bermula dengan harga RM1,299, Siri realme 10 Pro 5G yang didatangkan dengan dua model membawakan kepada pengguna kombo terbaik.

**media[2016459]**

“Realme 10 Pro 5G ialah penjelmaan falsafah Berani Melompat atau ‘Dare to Leap’ realme, membawa masuk 2160Hz PWM peredupan pertama di Malaysia melalui skrin melengkung 120Hz, beratnya cuma 173 gram, badan ultra nipis dan ultra ringan hanya 7.78 milimeter (mm), dengan 2.3mm panel ultra slim.

“Menerajui siri nombor terkini, peranti ini menawarkan pengalaman visual tanpa panel dengan cengkaman dalam tangan yang selesa untuk keseronokan visual yang lancar,” katanya pada majlis pelancaran Siri realme Pro 10 5G tersebut.

Marcus menjelaskan, realme 10 Pro 5G pula menawarkan pengguna peranti dengan paparan tanpa had dan menggandakan storan serta paparan tanpa had 120Hz yang menawarkan panel tepi hitam paling tipis di Malaysia dalam segmen harganya.

**media[2016457]**

Menurut beliau, peranti itu juga tampil dengan rekaan badan ultra slim 8.1mm dengan bateri mega 5000mAh bagi memastikan pengguna tidak mengalami pengalaman visual yang terganggu tanpa kebimbangan kehabisan bateri.

Katanya, siri itu juga menampilkan kamera ProLight 108MP, UI realme 4.0 terbaharu yang dinaik taraf dan sokongan 5G terbina, reka bentuk hyperspace gold, storan besar 256GB ROM sekali gus membolehkan pengguna menikmati pengalaman yang dipertingkatkan.

Marcus memberitahu, realme 10 Pro dengan kapasiti RAM 8GB dan 128GB ROM boleh didapati pada harga RM1,299 dan realme 10 Pro dijual pada harga bermula RM1,599 (8GB/128GB) dan RM1,799 (12GB/256GB).

Katanya, sempena pelancaran siri itu, realme menawarkan promosi menarik bagi realme 10 Pro dengan variasi 8GB/128GB yang boleh dibeli serendah RM1,399 pada 12 Disember ini menerusi platform e-dagang Lazada.

Secara lebih terperinci, realme 10 Pro 5G dilengkapi skrin AMOLED 6.7-inci FHD yang dipadankan cip MediaTek Dimensity 920, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman mencapai 256GB (UFS 2.2) dan RAM maya sehingga 12GB.

Turut disertakan pengecasan pantas 67W, kamera utama 108MP, 8MP (ultra-lebar) 2MP (makro), kamera swafoto 16MP dan pembesar suara stereo.

**media[2016460]**

realme 10 Pro pula menampilkan tubuh berkotak dengan sisi dan skrin hadapan yang rata dengan saiz skrin sebesar 6.72-inci AMOLED FHD dan kadar segar semula 120Hz.

Cip Snapdragon 695 digunakan sebagai tunjang utama dengan gabungan memori 8RAM (LPDDR4X), storan dalaman 256GB (UFS 2.2) dan RAM Maya sehingga 8GB selain turut dilengkapi dengan pengecasan 33W, kamera utama 108MP (utama) 2MP (portrait), kamera swafoto 16MP dan pembesar suara stereo.

Sementara itu, Pengarah Jenama realme Malaysia, Crystal Gong menjelaskan, siri itu diperkenalkan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada golongan muda untuk memiliki telefon pintar dengan spesifikasi teknologi canggih pada harga mampu milik di bawah RM2,000.

“Selain itu, dengan reka bentuk dan ciri yang menarik, Siri realme 10 Pro 5G ini juga sangat sepadan digunakan semua jantina tidak kira perempuan atau lelaki berbanding model telefon pintar kita sebelum ini yang dilihat,” ujarnya.

Sempena pelancaran itu juga, pelanggan boleh membuat pra-pesanan Siri realme 10 Pro 5G dari sekarang hingga 15 Disember ini di kedai rasmi realme dan pengedar sah realme Malaysia sekali gus berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM2,999, dengan bayaran tempahan hanya RM100 sahaja.