Piala Dunia terakhir Neymar

in Sukan by

Neymar

PEMAIN sensasi Brazil, Neymar memberikan bayangan Piala Dunia Qatar 2022 adalah yang terakhir buatnya selepas kekalahan kepada Croatia di peringkat suku akhir pada Jumaat.

Pemain berusia 30 tahun itu tidak pasti mengenai penglibatannya bersama skuad kebangsaan dan menyerahkan kepada situasi untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

“Saya tidak menutup pintu kepada pasukan kebangsaan tetapi saya tidak jamin yang 100 peratus saya akan kembali,” katanya.

Pemain yang mencatat 124 penampilan bersama Brazil itu akan berusia 34 tahun pada edisi 2026 di Amerika Utara.

Ketika ini, Neymar masih belum berjaya menjulang trofi Piala Dunia bersama Brazil selepas tiga kali mewakili negaranya dalam kejohanan berprestij dunia itu.

Bagaimanapun, Neymar bersetuju untuk beraksi dalam saingan Copa America 2024 dan mengakui Brazil akan berwajah baharu dengan lebih ramai penglibatan pemain muda.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengan pasukan Brazil pada masa akan datang. Brazil ada ramai pemain muda yang berbakat,” katanya.