Sultan Johor terima menghadap Salahuddin

in Nasional by

Sultan Johor pada Ahad berkenan menerima menghadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub. – Foto: The Royal Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad berkenan menerima menghadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menerusi satu hantaran dalam Facebook rasmi baginda, pertemuan itu berlangsung selama kira-kira sejam di Johor Bahru.

“Pertemuan itu juga merupakan kunjungan hormat pertama beliau kepada Tuanku Sultan Ibrahim selepas pelantikan ke barisan menteri Persekutuan yang diumumkan pada minggu lepas,” menurut hantaran itu.

Salahuddin ialah Ahli Parlimen Pulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram. – Bernama