Tempias kejayaan Argentina buat Malaysia

in Sukan by

Watak penting kejayaan Argentina di Qatar dari kiri; Aimar, Scaloni dan Samuel. – Foto Agensi.Para pemain yang mewakili Malaysia pada Piala Dunia Belia 1997. – Foto AgensiSkuad Argentina meraikan kejayaan merangkul Piala Dunia Belia 25 tahun lalu. – Foto Agensi

MALAYSIA boleh menumpang tuah susulan kejayaan Argentina merangkul Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis pada aksi final di Stadium Lusail awal pagi Isnin.

Argentina mengakhiri kemarau 36 tahun menang 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 3-3 dengan Perancis pada aksi yang berlarutan hingga ke masa tambahan.

Tiga watak penting yang menjadi nadi kejayaan Argentina di Qatar pernah beraksi di bumi Malaysia 25 tahun lalu dalam kejohanan Piala Dunia Belia 1997.

Mereka ialah pengendali, Lionel Scaloni dan Pablo Aimar serta Walter Samuel yang bertindak sebagai penolong jurulatih Argentina.

Selepas berakhir kejohanan itu, Aimar menjadi pujaan rakyat Argentina termasuk bintang sensasi, Lionel Messi yang menjadikannya sebagai idola.

Aimar dianggap antara pemain terbaik kejohanan biarpun tewas kepada Nicolas Olivera untuk perebutan pemain terbaik kejohanan.

Maka tidak hairanlah Aimar begitu sentimental ketika menyertai skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2013 hingga 2014.

Ketika itu Argentina yang dilatih Jose Pekerman muncul juara selepas menewaskan Uruguay 2-1 di Stadium Shah Alam.

Selaku tuan rumah, Malaysia layak secara automatik dan diundi dalam Kumpulan A bersama Uruguay, Maghribi dan Belgium.

**media[2028281]**

Mewarnai skuad negara ketika itu ialah jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain, Tengku Hazman Raja Hassan dan V Saravanan.

Bagaimanapun, nasib Malaysia sama seperti tuan rumah, Qatar tewas kesemua tiga aksi.

Kalah kepada 1-3 kepada Maghribi dan Uruguay serta tunduk 0-3 kepada Belgium.

Turut menyerlah dalam kejohanan itu ialah pemain Perancis, Thierry Henry yang mencuri perhatian peminat apabila menyumbat tiga gol.

Setahun berlalu, Henry dibeli oleh Juventus dari AS Monaco sebelum disambar Arsenal dan menjadi pemain terbaik dalam sejarah The Gunners.

Nama besar lain yang lahir daripada kejohanan itu ialah Michael Owen yang mewakili England, Nicolas Anelka (Perancis) dan Damien Duff (Ireland).

**media[2028282]**

Ironinya, skuad Harimau Malaya boleh mengambil inspirasi di sebalik kejayaan Argentina di Qatar dan bumi Malaysia untuk setanding pasukan gergasi dunia pada masa depan.