Ebit Lew tiba di Mahkamah Tenom, sambung perbicaraan

in Video by

BERITA SEMASA 20 DISEMBER 2022

Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9.50 pagi Selasa bagi menghadiri sambungan perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim dilihat berpakaian serba hitam dan berkopiah putih tiba dengan menaiki sebuah pacuan empat roda warna hitam.

Ebit menghadiri perbicaraan itu selepas berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Turut hadir Pendakwah, Firdaus Wong yang juga merupakan antara saksi perbicaraan kes tersebut.

Artikel: https://bit.ly/3G1QlEl

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian