Gempa bumi kuat landa California utara

in Global by

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan Ferndale City di California.

SAN FRANCISCO – Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan Ferndale City di California Amerika Syarikat (AS) pada 1034 GMT, Selasa, menurut Tinjauan Geologi AS.

Menurut Xinhua, pusat gempa dengan kedalaman 16.1 km, dikesan pada 40.523 darjah utara dan 124.393 darjah barat.

Tiada amaran atau ancaman tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi itu. – Bernama