Kerajaan setuju teruskan bantuan tunai rakyat – Anwar

in Nasional by

Bayaran bantuan yang dijadual dibayar pada Mac juga diawalkan kepada Januari ini dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat ketika ini. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan.

Jelasnya, bayaran bantuan yang dijadual dibayar pada Mac juga diawalkan kepada Januari ini dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat ketika ini.

“Bayaran fasa satu ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.

AKAN MENYUSUL