Mangsa banjir di 5 negeri terus meningkat, cecah 63,415

in Berita Semasa by

Situasi banjir di seluruh negara sehingga jam 6 pagi Selasa.Anggota pasukan JBPM membantu menyelamatkan para penduduk yang terperangkap akibat banjir di Kampung Pulau Rusa Hulu malam tadi. – Foto Bernama

SHAH ALAM – Jumlah keseluruhan mangsa banjir di 21 daerah di lima negeri terus menunjukkan peningkatan hingga kini mencecah 63,415 orang terdiri daripada 17,377 keluarga, setakat jam 6 pagi Selasa.

Negeri yang terjejas melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu seramai 37,021 orang melibatkan 10,211 keluarga.

**media[2028428]**

Kelantan pula merekodkan sejumlah 25,353 mangsa melibatkan 6,897 keluarga, manakala di Pahang, 934 mangsa daripada 235 keluarga.

Sementara itu di Johor, seramai 53 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas dengan banjir, dan Perak mencatatkan 17 mangsa melibatkan 17 keluarga.