Saya tak mohon pengampunan penuh: Anwar

in Video by

BERITA SEMASA 20 DISEMBER 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak pernah memohon pengampunan penuh yang diberi pada 2018, sebaliknya tindakan itu adalah inisiatif Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, Sultan Muhammad V telah menelefonnya untuk menyatakan proses pengampunan berkenaan ketika beliau sedang mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi, Cheras.

Ketika sidang pertama Dewan Rakyat pada Isnin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut membangkitkan isu pengampunan Anwar pada 2018 ketika perbahasan usul undi percaya kepada Perdana Menteri.

Artikel: https://bit.ly/3v5HqLK

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen