Tanah runtuh: Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh lengang

in Berita Semasa by

Suasana di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) pula dilihat lengang bahkan tiada waris mangsa yang kelihatan berada di hospital ini

SHAH ALAM – Misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang memasuki hari kelima masih belum membawa kepada sebarang penemuan baharu setakat jam 2 petang pada Selasa

Suasana di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) pula dilihat lengang bahkan tiada waris mangsa yang kelihatan berada di hospital ini selepas kesemua 24 mayat yang ditemui dalam operasi SAR telah dituntut sebelum ini.

Pada Ahad, kesemua 24 mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm selesai dituntut oleh waris keluarga masing-masing.

Ia melibatkan empat jasad dewasa lelaki, 13 mayat dewasa perempuan, tiga kanak-kanak lelaki, tiga lagi kanak-kanak perempuan dan seorang bayi.

Setakat ini, seramai sembilan mangsa masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh, manakala 61 berjaya diselamatkan.