Covid-19: 815 kes baharu, enam kematian

in Koronavirus by

Sebanyak 815 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa.

SHAH ALAM – Sebanyak 815 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak enam kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,814 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 15,411 kes dengan 14,455 atau 93.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 915 lagi ditempatkan di hospital.

Sebanyak 41 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan 24 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa adalah sebanyak 940 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,967,175 kes.