Kampung Raja, Cameron Highlands dilanda banjir lumpur

in Berita Semasa by

Gambar kejadian banjir lumpur di Kampung Raja,Cameron Highlands yang tular di Facebook.

KUANTAN – Beberapa rumah dan jalan sekitar Kampung Raja, Cameron Highlands dipenuhi lumpur ekoran kejadian banjir lumpur yang berlaku di kawasan itu pada petang Selasa.

Berdasarkan info yang dikongsikan netizen di media sosial, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang.

Berdasarkan gambar yang ditularkan selepas banjir surut, kelihatan beberapa kenderaan milik penduduk terperangkap di dalam lumpur.

Menurut seorang pemilik akaun Facebook Ho Chi Yang, kejadian didakwa berpunca daripada kerja tanah di atas bukit yang terletak berdekatan dengan Kampung Baru, Kampung Raja.

Dakwanya, banjir kerap berlaku di Kampung Raja kebelakangan ini dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan penduduk.