Kuasa kawal selia gas diserahkan kepada Sabah

in Nasional by

Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Foto Bernama
PUTRAJAYA- Kerajaan memutuskan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah dipindahkan kepada kerajaan negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.

“Tarikh pelaksanaannya masih menunggu kelulusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika sidang akhbar selepas selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di Bangunan Perdana Putra pada Rabu.

Menurutnya, keputusan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963.

AKAN MENYUSUL