Lebih 200,000 terjejas akibat banjir di Selatan Thailand

in Global by

Pekerja agensi bencana mengagihkan makanan dan minuman kepada mangsa banjir di Sungai Kolok di Selatan Thailand pada Rabu. – Foto AFP

PATTANI – Keadaan banjir di sembilan wilayah di selatan Thailand bertambah buruk apabila jumlah isi rumah terjejas meningkat kepada lebih 200,000, dengan tujuh kematian dilaporkan.

Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) dalam satu kenyataan memaklumkan 83 daerah di sembilan wilayah – Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat – masih dinaiki air.

“Banjir di selatan Thailand menyaksikan peningkatan mendadak jumlah isi rumah yang terjejas. Sehingga Selasa, sejumlah 205,774 isi rumah terjejas walaupun paras air di banyak kawasan banjir sudah surut,” menurut DDPM.

Pihak berkuasa berkaitan akan memeriksa dan menilai infrastruktur yang rosak akibat banjir serta menyediakan bantuan kepada penduduk kampung yang terjejas. – Bernama