Manchester City singkir penyandang juara Liverpool

in Sukan by

Haaland menjaringkan gol ke-24 musim ini dalam semua kejuaraan untuk meletakkan City di depan pada minit ke-10 di Etihad. – Foto Agensi

MANCHESTER City menewaskan penyandang juara yang juga juara sembilan kali Piala Liga Liverpool 3-2 dalam perlawanan pusingan 16 di Stadium Etihad awal pagi Jumaat.

Anak buah skuad kendalian Pep Guardiola, mendahului tiga kali sebelum tuan rumah bertahan untuk mengesahkan kemaraan ke pentas suku akhir.

Pemain pertahanan City. Nathan Ake menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-58 selepas Mohamed Salah (48′) menyamakan kedudukan seminit kemudian setelah Riyad Mahrez (47′) melebarkan kelebihan The Citizens pada awal babak kedua.

Pada perlawanan itu, Erling Haaland menjaringkan gol ke-24 musim ini dalam semua kejuaraan untuk meletakkan City di depan pada minit ke-10 di Etihad.

Namun Liverpool pantas menyamakan kedudukan pada minit ke-20, selepas Fabio Carvalho menyudahkan hantaran James Milner.

Untuk rekod, ini antara perlawanan berintensiti tinggi pantas dan sengit melibatkan kedua-dua pasukan sejak perebutan kejuaraan musim lalu yang berakhir dengan status Liga Perdana Inggeris menjadi milik Manchester City.

Pengendali City, Pep Guardiola dan rakan sejawatan, Jurgen Klopp menamakan barisan pasukan terkuat masing-masing dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan sejak musim domestik berhenti seketika untuk Piala Dunia Qatar 2022.