Tikus jilat ayam goreng, KKM akan ambil tindakan segera

in Berita Semasa by

Tangkap layar video yang memaparkan seekor tikus sedang menjilat ayam goreng di sebuah restoran.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai memberikan maklumat berhubung video menjijikkan yang memaparkan seekor tikus sedang menjilat ayam goreng dalam pemanas makanan sebuah restoran.

Video tular dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter bernama Zoey Hanafiah mendakwa ia berlaku ketika dia sedang makan di premis berkenaan.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera,” kata KKM dalam satu ciapan pada Jumaat.

Hantaran itu mendapat pelbagai respons daripada ramai warga media di laman berkenaan.

“Bab kebersihan memang teruk, tetapi bukan semua ada yang bagus,” komen Norsafeni.

Pada masa yang sama, individu bernama Mic Zhu berkata, antara faktor premis berkenaan kotor adalah kerana ia dibuka selama 24 jam tanpa mempunyai masa untuk melakukan pembersihan.

“Buka 24 jam 365 hari tanpa masa cuci dan pembersihan. Patut kena bersihkan setiap hari,” tambahnya.

Depan mata sndiri, No More mkn mamak janjiii pic.twitter.com/HxkhjFbZHY

— ig : zoeyhanafiah (@zoeyhanafiah) December 22, 2022