Annuar pilih parti sedia ada, tidak tubuh parti baharu

in Politik by

Annuar menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Ketereh pada Sabtu.

KOTA BHARU – Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa pada Sabtu memberitahu akan menyertai salah satu daripada tiga parti yang membuat tawaran sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan tidak akan menubuhkan parti baharu kerana bimbang semakin banyak perpecahan dalam kalangan rakyat terutama orang Melayu.

Menurut beliau, pilihannya ialah sebuah parti yang menyatu padukan umat Islam, jujur dan tiada penyalahgunaan kuasa.

“Tidak dinafikan kemungkinan saya akan menyertai salah satu parti politik yang bertepatan dengan jiwa perjuangan saya.

“Sudah pasti parti itu boleh menjadi payung kepada rakyat dan tidak meminggirkan hak-hak bukan Islam,” katanya kepada pemberita di Ketereh.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini beliau mahu menumpukan perhatian untuk menjadikan MN sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkredibiliti, berwibawa dan dihormati.

AKAN MENYUSUL