PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

January 2023

‘Malaysia Madani’ jadi perhatian antarabangsa

in Khas by

Salawati

SHAH ALAM – Konsep ‘Malaysia Madani’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan wujudnya pemimpin yang akhirnya menyedari bahawa kepentingan negara mempunyai kesinambungan dengan kepentingan politik dunia dan juga hubungan antarabangsa.

Pakar Undang-Undang Antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, masyarakat luar sudah mula berdiskusi mengenai konsep kepimpinan Anwar dan mampu melihat kedudukan Malaysia selepas ini.

Menurutnya, ia memberi dampak yang sangat besar kerana sebelum ini Malaysia tidak begitu mendapat perhatian.

“Untuk hubungan antarabangsa dan undang-undang antarabangsa ini, kita lihat reaksi pemimpin negara luar… untuk kita tahu pemimpin kita diterima adalah (daripada) reaksi pemimpin luar.

“Saya lihat pemimpin-pemimpin ASEAN sangat mengalu-alukan Anwar begitu juga dengan perhatian daripada pemimpin-pemimpin antarabangsa lain.

“Saya juga lihat serangan kepada Malaysia agak kurang… sebelum ni kita sering dipetik oleh media-media luar… sejak Anwar dilantik, agak diam sedikit dan sebenarnya mereka menunggu apa yang dibawa oleh perdana menteri baharu ni,” katanya menerusi Program Wacana Sinar Siri ke-382 disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Program yang membincangkan tajuk ‘Mampukah Konsep Madani Memulih Negara’ itu turut menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE), Amidi Abdul Manan sebagai panelis, manakala Ismail Adnan sebagai hos.

Sementara itu, beliau berkata dalam hal triti antarabangsa berkaitan hak asasi manusia, kepimpinan negara perlu membuat keputusan bijak kerana perjanjian yang ditandatangani mesti dilaksanakan.

Jelas beliau, daripada tujuh teriti antarabangsa berkaitan dengan hak asasi manusia, Malaysia hanya menandatangani berkaitan hak untuk wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU).

“Yang lain kita tak tandatangan. Kita dah lihat kalau kita tandatangan, kita kena melaksanakan… sebabnya laporan triti antarabangsa yang dilaksanakan perlu dihantar kepada majlis jawatankuasa setiap empat tahun.

“Adakah negara mampu untuk buat? Lebih baik jangan tandatangan jika akhirnya membawa keburukan kepada negara.

“Negara lain tak boleh mempertikaikan keengganan sesebuah negara yang berdaulat untuk tidak menandatangani mana-mana triti antarabangsa berkaitan hak asasi manusia selagi mana kita di sini mengangkat martabat manusia sejajar dengan apa yang berlaku,” katanya.

‘Malaysia Madani’ jadi perhatian antarabangsa

in Wacana by

Skor CPI Malaysia jatuh lagi

in Semasa by
Skor CPI Malaysia jatuh lagi

SHAH ALAM – Kegagalan pentadbiran kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk melaksanakan 115 inisiatif di bawah Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) antara punca skor Indeks Persepsi Rasuah…
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

'Saya raikan perbezaan pendapat' – Ahmad Zahid

in Politik by

Ahmad Zahid ketika hadir bagi sesi temu bual Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli UMNO, namun tidak akan berkompromi sekiranya ada antara mereka menyentuh soal integriti parti itu.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana beliau amat mementingkan kesatuan dalam parti berkenaan.

“Saya meraikan perbedaan pendapat, silakan bercakap tetapi apabila integriti parti disentuh, saya tidak boleh berkompromi lagi dalam perkara ini, yang penting ialah soal kesatuan dalam parti itu.

“Penyatuan pemikiran dalam kalangan kepimpinan, penyatuan hati nurani dalam kalangan kepimpinan, penyatuan tindakan pelaksanaan kepada aktiviti jentera parti ini harus diutamakan dan ini mungkin sukar difahami tetapi tidak sukar untuk saya laksanakan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dalam sesebuah parti, tidak seharusnya ada ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘duri dalam daging’.

“Serangan bukan hanya datang dari luar (parti), kita kenal musuh di luar, kita kenal juga musuh di dalam, baling batu sembunyi tangan sangat banyak, tetapi saya harus bersangka baik dengan semua orang dalam perkara ini.

“Tetapi sebagai seseorang yang diberikan amanah untuk memimpin sebuah parti terbesar orang Melayu dan Islam, adakah saya mahu membiarkan keadaan itu terus berlaku? Saya mesti berusaha bukan saya benci, tidak ada satu zarah, satu molekul rasa benci kepada mana-mana individu, tetapi parti mesti diselamatkan,” katanya. – Bernama

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Johor menurun malam ini

in Berita Semasa by

Beberapa penduduk Kampung Jamari, Mersing, Johor meredah banjir sambil membawa belakan makanan selepas kampung tersebut dinaiki air semula ekoran hujan berterusan sejak malam Sabtu ketika tinjauan pada Ahad – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 1,935 orang setakat malam ini, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Di SABAH, JPBN negeri itu dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini di 12 PPS yang masih beroperasi di tiga daerah turun mendadak kepada 556 mangsa daripada 165 keluarga berbanding 1,641 orang daripada 594 keluarga petang tadi.

Menurut JPBN jumlah mangsa banjir di daerah Telupid yang masih berada di lapan PPS di daerah itu ialah 400 orang daripada 113 keluarga, di Paitan 111 orang daripada 40 keluarga di tiga PPS manakala di Lahad Datu seramai 45 orang daripada 12 keluarga di sebuah PPS.

Sementara itu, semua mangsa banjir di daerah Pitas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan PPS di Dewan Kampung Kusilad serta Sekolah Kebangsaan Pekan 2 telah ditutup.

Di JOHOR, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus menurun kepada 1,379 mangsa setakat 8 malam ini berbanding 1,525 mangsa yang direkodkan pada 4 petang tadi.

JPBN berkata 17 buah PPS masih beroperasi di daerah Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi dan Segamat.

Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 919 mangsa, diikuti Kota Tinggi (223), Mersing (147) dan Segamat (90), menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, hari ini. – Bernama

Nurul Izzah paling layak dilantik penasihat ekonomi, kewangan

in Nasional by

Dari kiri: Ismail, Amidi, Mohammed Taufiq dan Salawati semasa Wacana Sinar Edisi ke-382 yang bertajuk ‘Mampukah Konsep Madani Memulih Negara’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.Mohammed Taufiq

SHAH ALAM – Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar merupakan individu terbaik untuk menjawat jawatan Penasihat Kanan Ekonomi kepada Perdana Menteri yang juga bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, ini berdasarkan pengalaman yang diperoleh Nurul Izzah membuatkan beliau layak menjadi penasihat kepada Ahli Parlimen Tambun itu.

“Beliau (Nurul Izzah) merupakan ahli Parlimen untuk tiga penggal selain ahli dilantik Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk semak dan imbang wang negara. Beliau juga telah bertemu dengan banyak pemimpin luar seawal usia 18 tahun ketika pemecatan ayahandanya.

“Ada tanya, kenapa tidak nasihat di rumah? Tetapi bagi saya, yang memacu negara adalah Perdana Menteri bukan Anwar secara individu. Jadi, Nurul Izzah dilantik kerana beliau merupakan orang kepercayaan dan merasakan amat sesuai untuk berada dalam kotak struktur itu sendiri.

“Untuk nasihati Perdana Menteri, perlu ada hierarki, bukan nasihat secara individu semata-mata,” katanya semasa Wacana Sinar Edisi ke-382 yang bertajuk ‘Mampukah Konsep Madani Memulih Negara’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan, Amidi Abdul Manan dan Pakar Undang-undang Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Salawati Mat Basir manakala Ismail Adnan selaku moderator.

Mengulas mengenai konsep Madani yang diperkenalkan, beliau berkata, ia bukanlah retorik, atau penjenamaan semula yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri.

**media[2076678]**

Jelas Mohammed Taufiq, konsep Madani tersebut dapat dicapai sekiranya keterlibatan melibatkan semua pihak iaitu kerajaan dan juga rakyat.

“Elemen yang saya fokuskan adalah keyakinan. Keyakinan dan kepercayaan adalah elemen paling mencabar untuk kita gapai. Maknanya, kepercayaan rakyat kepada rakyat, pemimpin kepada rakyat.

“Ini kerana, pemerintahan sebelum ini banyak salah laku atau banyak hal-hal yang menyebabkan rakyat kurang percaya pada pemerintah. Kenapa? kerana banyak mengamalkan demokrasi kelas atasan. Maksudnya ada jurang rakyat dan pemimpin sehingga rakyat kurang percaya kepada pemimpin,” jelasnya.

Tambah beliau, sekiranya sikap saling mempercayai tersebut wujud, ia akan menjadikan negara Malaysia Madani seperti yang digagaskan, bertamadun, makmur dan juga maju.

Malaysia Madani didasari semangat reformasi

in Khas by

Dari kiri: Ismail, Amidi, Mohammed Taufiq dan Salawati semasa Wacana Sinar Edisi ke-382 bertajuk ‘Mampukah Konsep Madani Memulih Negara’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

SHAH ALAM – Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didasari dengan semangat reformasi.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan, Amidi Abdul Manan berkata, Madani diumumkan sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati berteraskan enam teras utama itu perlu dihayati oleh semua pihak.

Jelas beliau, konsep tersebut juga akan menjadi pemacu kepada Kerajaan Perpaduan yang dibentuk untuk memastikan amalan integriti dan amanah dalam menjalankan tugas.

“Apabila sebut berkaitan dengan dasar ini, sebenarnya dalam naratif Madani ini menggambarkan satu kekuatan diri dalaman. Sebab itu ia didasari dengan satu semangat yang dinamakan semangat reformasi.

“Semangat reformasi ini biasanya akan melihat pula kepada maksud ayat al-Quran yang berbunyi ‘sesungguhnya aku hanya akan menyukai kepada pengislah (tindakan yang memperbaiki keadaan) dengan sedaya upaya aku’.

“Untuk sambut gagasan Madani, inilah semangatnya. Kita perlu untuk melakukan islah. Perlu untuk pacu negara dengan semangat islah,” katanya semasa Wacana Sinar Edisi ke-382 yang bertajuk ‘Mampukah Konsep Madani Memulih Negara’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Pakar Undang-undang Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Salawati Mat Basir manakala Ismail Adnan selaku moderator.

Pada 19 Januari, Anwar Ibrahim memperkenalkan Malaysia Madani sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, enam teras itu adalah keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Tambah Amidi, melalui gagasan Madani yang diperkenalkan itu, ia juga tidak akan memberikan ruang kepada perasuah untuk melakukan perbuatan terbabit.

“Dalam segi kepimpinan, siapapun yang dilantik, sama ada ahli keluarga atau bukan, yang penting kita tutup rapat istilah habuan kebatilan. Habuan yang diperoleh secara batil,” katanya.

1 2 3 984
Kembali UTAMA