BERITA SEMASA 3 JANUARI 2023
– Bapa kepada salah seorang pemain bola tampar yang ditampar jurulatih memohon netizen menghentikan segala kecaman terhadap individu itu.
Juruteknik kilang, Abd Halim Bakar, berkata, apa yang berlaku mungkin sedikit kesilapan jurulatih berkenaan namun mengakui tamparan yang dilakukan tidak sehingga mendatangkan kecederaan kepada anaknya yang berusia 14 tahun.
Sebaliknya, anaknya lebih merisaukan keadaan jurulatih itu kerana telah banyak mengorbankan wang ringgit dan masa untuk memastikan sukan bola tampar terus membangun, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti