Kanvas tutup padang SNBJ milik PSM

in Sukan by

Kanvas yang menutup padang Stadium Nasional, Bukit Jalil.

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) telah mengambil langkah awal dengan menutup Padang Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) dengan kanvas susulan hujan lebat.

“Susulan hujan lebat, para sukarelawan telah memasang kanvas milik PSM bagi menutup permukaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang perlawanan antara Malaysia dan Singapura.

“Menjunjung kasih kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang meminjamkan kanvas padang sebelum ini kepada PSM,” perbadanan itu dalam satu hantaran di laman Facebook mereka pada Selasa.

Sebelum ini, Tunku Ismail sudah beberapa kali meminjamkan kanvas kepada PSM seperti pada perlawanan Akhir Piala Malaysia pada Ogos dan ketika aksi Piala AFF menentang Laos Disember lalu.

Malaysia dijadualkan menentang Singapura dalam aksi terakhir kumpulan B Piala AFF 2022 jam 8.30 malam ini.