Penyamun bersenjata diberkas

in Video by

BERITA SEMASA 3 JANUARI 2023

Menyasarkan kedai serbaneka yang beroperasi hingga lewat malam sebelum samun wang tunai dan telefon bimbit milik pekerja, itu modus operandi dua lelaki yang aktif melakukan samun bersenjata di sekitar daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang sejak awal Disember tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.

Kegiatan jenayah mereka ditumpaskan polis dalam dua serbuan berasingan pada malam ambang tahun baharu di Jalan Berjaya dan Taman Desa Damai, Bukit Mertajam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang susulan kejadian samun kedai serbaneka yang berlaku di Jalan Betik, Bukit Mertajam pada 9 Disember lalu.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3G8jNrf

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah