Tidak divaksin, Djokovic mungkin terlepas dua kejohanan di AS

in Sukan by

Novak Djokovic FOTO: AFP

BINTANG tenis Novak Djokovic berkemungkinan terlepas peluang untuk menyertai kejohanan Indian Wells dan Terbuka Miami Masters selepas pihak berkuasa pengembaraan Amerika Syarikat (AS) mengenakan syarat bukti vaksinasi Covid-19 kepada warga asing.

Walaupun peraturan Covid-19 telah dilonggarkan atau ditarik balik di kebanyakan negara, namun bukti vaksinasi masih diperlukan untuk memasuki AS, sehingga sekurang-kurangnya 10 April.

Indian Wells dan Terbuka Miami Masters ialah dua daripada kejohanan paling berprestij di luar kalendar grand slam yang masing-masing bermula pada 6 Mac dan 20 Mac.

Djokovic yang enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum ini pernah dilarang memasuki Australia.