Amaran ribut petir di 11 negeri

in Berita Semasa by

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi beberapa tempat di 11 negeri sehingga jam 7 malam pada Khamis.

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi beberapa tempat di 11 negeri sehingga jam 7 malam pada Khamis.

Menerusi kenyataan pada jam 4.35 petang, MetMalaysia berkata, ribut petir dan hujan lebat itu dijangka melanda Perak (Hulu Perak, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang).

Sementara itu, di Selangor kawasan yang terlibat adalah Sabak Bernam; Kuala Selangor; Klang; Gombak; Petaling; Kuala Langat; Hulu Langat dan Sepang manakala di Pahang pula membabitkan Rompin.

**media[2046721]**

Amaran tersebut turut dikeluarkan kepada seluruh Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Turut terlibat, Segamat dan Kluang di Johor sementara di Negeri Sembilan pula adalah Seremban serta Port Dickson.

Di Sabah, cuaca buruk tersebut dijangka melanda pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) serta Sandakan (Beluran).

Dalam pada itu, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Sri aman (Sri Aman); Betong; Sarikei; Sibu; Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu.