Pejuang umum lantikan kepimpinan baharu

in Politik by

Mukhriz

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan lantikan baharu melibatkan ketua-ketua negeri yang telah dipersetujui oleh Majlis Eksekutif Pusat (MEP).

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pelantikan berkenaan adalah bagi memastikan kelancaran dan kesiapsiagaan Pejuang untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menurutnya, antara yang dilantik ialah Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Pemangku Ketua Pejuang Muda, Muhammad Fikri Ahmad.

“Bagi ketua-ketua negeri pula, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh dilantik Ketua Pejuang Melaka; Norizan Ahmad (Negeri Sembilan); Nornekman Osman (Johor); Muzaimi Ezrin Mukhtar (Pulau Pinang) dan Kamal Abdul Aziz sebagai Pemangku Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan.

“Selain itu, Ulya Aqamah Husamudin masih kekal sebagai Ahli MEP setelah melepaskan jawatan Ketua Penerangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.