Syarikat induk Facebook Meta didenda RM1.8 bilion

in Global by

Gambar hiasan. – Foto 123rf

DUBLIN – Ireland mengenakan denda €390 juta (RM1.8 bilion) ke atas syarikat induk Facebook Meta kerana melanggar perlindungan data, lapor dpa.

Kumpulan itu melanggar Peraturan Perlindungan Data Umum EU dalam platform Facebook dan Instagramnya, menurut pihak berkuasa perlindungan data Ireland DPC pada Rabu.

Kedua-dua kes melibatkan pengiklanan peribadi dan cara Meta mengumpul serta memproses data peribadi pengguna.

Meta didenda €210 atas pelanggaran Facebook dan €180 juta lagi bagi kes di Instagram.

Pihak berkuasa Ireland mendapati bahawa syarikat itu telah menekan penggunanya untuk menerima syarat tertentu memandangkan perkhidmatan itu tidak lagi tersedia untuk mereka.

Ia juga mengarahkan Meta menukar amalan pemprosesan datanya dalam tempoh tiga bulan. – Bernama