Thailand benar pelancong China masuk tanpa ujian Covid-19

in Global by

China merupakan sumber pelancong asing terbesar di Thailand dengan mencatatkan 11 juta ketibaan pada 2019. – AFP

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand berkata pelancong dari China dibenarkan memasuki negara itu tanpa menjalani ujian Covid-19.

China menyaksikan lonjakan jangkitan dan hospital dibanjiri pesakit Covid-19 selepas Beijing membatalkan sekatan ketat pandemik pada bulan lalu.

Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Perancis antara negara yang mengenakan peraturan baharu dengan mewajibkan pelancong China mengemukakan ujian negatif Covid-19 susulan lonjakan kes di negara tersebut.

Namun, Thailand menyatakan semua negara harus dilayan sama rata.

“Thailand tidak memerlukan keputusan ujian Covid daripada pelancong mana-mana negara,” kata Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.

Menurut data kerajaan, China merupakan sumber pelancong asing terbesar di Thailand dengan mencatatkan 11 juta ketibaan pada 2019. – AFP