571 kes baharu Covid-19, tujuh kematian

in Khas by

Sebanyak 571 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan satu daripadanya merupakan kes import. – Foto fail Bernama

SHAH ALAM – Sebanyak 571 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak tujuh kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, dua daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,866 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 11,564 kes, dengan 10,945 atau 94.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 581 pesakit Covid-19 dirawat di hospital.

Sebanyak 38 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Khamis ialah 696 menjadikan jumlah keseluruhannya dalam negara kepada 4,980,364 kes.