Kapal Peronda Luar Pesisir pertama siap Mac ini

in Nasional by

Saifuddin – Foto Bernama

PULAU INDAH – Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal siap sepenuhnya dan diserahkan pada Mac ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, setelah mendengar taklimat, kemungkinan berlaku peralihan masa bagi menyiapkan pembinaan kapal berkenaan.

“Saya tadi menyebut dengan jelas pendirian kerajaan untuk tarikh serahan tidak lagi diubah atau dilanjut pada satu tempoh yang panjang atas alasan-alasan yang tidak boleh lagi dikompromi.

“Saya minta tidak lagi tertangguh, kalau tangguh hingga Mac 2025, habislah. Tapi saya minta itu jangan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja rasminya ke tapak pembinaan Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) di sini pada Jumaat.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberikan suntikan pinjaman berjumlah RM152.6 juta bagi memastikan projek OPV 1 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) disiapkan.

Menurut beliau, projek OPV diambil alih Kementerian Kewangan daripada syarikat usaha sama Tabung Haji dan Destini Berhad iaitu THHE Destini Sdn Bhd selepas ia dikesan menghadapi masalah besar.

Jelas Anwar, OPV 1 dijangka boleh disiapkan pada tahun ini.

AKAN MENYUSUL